Selain itu, terdapat juga institusi pengajian lain di Selangor termasuklah kampus kota Universiti Selangor yang terletak di Seksyen 7 dan kampus induk terletak di Bestari Jaya. UNISEL merupakan universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor yang pertama ditubuhkan di Selangor dan Malaysia. Meskipun UNISEL merupakan hak milik penuh Kerajaan Negeru Selangor, taraf universitinya masih dalam kategori universiti swasta yang mana universiti ini dikelola oleh Pendidikan YS Sdn. Bhd., sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Selangor Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
Universiti Pengurusan dan Sains ataupun Management and Science University merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Shah Alam, Selangor, Malaysia. MSU telah dinaik taraf daripada KUTPM pada 2 Oktober 2007 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.